Saturday 27 October 2012

Seruan Allah swt sudah tiba


     Waktu petang yang nyaman sambil menghirup udara segar bugar tatkala kami sekeluarga sedang membuat aktiviti masing masing tiba tiba ayah menyampuk dengan tenang tanpa rasa gementar "Riko,tahun depan kita pergi naik umrah ya?" Pada masa itu, aku menyoal kepada ayahku soalan yang sama berulang ulang kali, "Betul ke ayah? 3x .Ya Allah pada masa tu aku masuk ke dalam bilik dan mula mengigit bantal dan senyum keseorangan. Hanya Allah swt saja yang tahu betapa seronoknya diriku kerana bakal mengunjungi baitullah tercinta di Mekah Al Mukaramah. InsyaAllah bulan 3 tahun depan .. Alhamdulillah...Bayangan di minda mula bermain seketika apabila  disaat kemanisan dalam hidup umat islam seluruh dunia bertawaf mengelilingi ka'abah sebanyak 7 kali dengan rasa penuh rasa ketakwaan dan khusyuk mengharap pengampunan dan keredhaan dariNya.. 




 
Menara Jam Diraja Mekah dikenali sebagai "Abraj Al Bait" dalam pembinaan, cantik kan? 

Karangan saya tidak begitu bagus kan? c+ mungkin.