Wednesday 27 November 2013

Nilai sebuah Al Qur'an

 Nilai sebuah Al Qur'an terlalu mahal. Tidak mampu untuk ditukar ganti sekalipun seluruh langit dan bumi menjadi cagarannya .

   Sesiapa yang membacanya akan menambahkan iman, sesiapa yang memanhaminya akan merasai ketakjuban,sesiapa yang berpegang dengannya akan berjaya dan sesiapa yang mengkajinya akan bertemu rahsia agung. Demikianlah Al Qur'an.



Keperibadiaan Al Qur'an .
  1. Membaca- Menambahkan ilmu 
  2. Memahami- berasa takjub 
  3. Berpegang- Berjaya dalam kehidupan 
  4. Mengkaji- Bertemu rahsia 

   Antara nilai paling agung sebuah Al Quran adalah ia merupakan sebuah kitab yang tidakada sebarang keraguan. Sebuah kitab yang 100% benar dan tepat. Tiada sebuah buku pun yang mampu mengungkapkan dan membuktikan bahawa bukunya adalah buku yang sunyi daripada sebarang kesilapan dan pencanggahan. Namun Al Quran, awal awal lagi telah mengisyhtiharkan bahawa ia merupakan sebuah kitab yang tiada keraguan padanya .


   Sama ada dalam membicarakan perkara yang telah lalu, perkara semasa atau perkara yang akan datang. Bahkan isi kandungan Al Qur'an jauh ke hadapan, wawasannya jelas. Sehingga kini, tiada satu fakta pun yang dapat mempertikaikan kewibawaan Al Quran. Benarlah penegasan Al Qur'an. 




ذلك لكتب لاريب فيه هدي للمتقين
Maksudnya: "Kitab Al Quran yang tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya ) ia pula menjadi petunjuk bagi orang orang yang hendak bertaqwa."  Surah Al Baqarah ayat 2:2

Thursday 11 April 2013

Akhlak yang baik

 Assalamualaikum  

Akhlak adalah satu sikap yang melekat dalam jiwa seseorang yang melahirkan perbuatan perbuatan berdasarkan kemahuan dan pilihan manusia itu sendiri sama ada baik atau buruk, terpuji dan tercela. Akhlak tersebut melekat menjadi tabiat jiwa kerana dipengaruhi pendidikan baik dan buruk .

Apabila jiwa sesorang dididik dengan mengutamakan
kebaikan,kebenaran dan cinta kepada yang ma'ruf suka kepada kebaikan dan dilatih mencintai yang terpuji dan membenci yang tercela, maka sifat sifat tersebut menjadi tabiat bagi jiwa, yang melahirkan perbuatan perbuatan baik dengan mudah tanpa dipaksa. Dengan demikian orang tersebut dikatakan berakhlak mulia.

Orang yang berakhlak baik akan melahirkan perbuatan perbuatan yang terpuji tanpa mengalami kepayahan kerana sudah merupakan tabiatnya. Akhlak tersebut antara lain seperti adanya rasa malu, penyantun, teliti, sabar, tahan uji, dermawan, berani, adil, ihsan, akhlak akhlak utama lainnya dan kesempurnaan jiwanya.

Oleh yang demikian, apabila jiwa itu dibiarkan tidak didik dengan pendidikan yang layak baginya dan tidak diusahakan untuk menzahirkan unsur unsur kebaikan yang terpendam di dalamnya. Atau  dididk dengan pendidikan yang buruk, sehingga jiwa itu suka kepada yang buruk dan membenci yang baik, maka jiwa itu akan berperangai buruk. Dan kata kata serta perbuatan buruk akan muncul dari jiwa itu dengan mudah tanpa ada kepayahan. Dengan demikian jika dari dalam dirinys lahir perangai yang buruk dalam bentuk kata kata mahupun perbuatan, maka orang itu disebut berakhlak buruk. Akhlak yang buruk dan tercela itu ialah seperti khianat, dusta, keluh kesah, tidak sabar, tamak, bengis, kasar, keras kepala, jahat, keji, busuk hati dan sebagainya. 

Dengan demikian islam menyuruh umatnya untuk mendidik, menghormati dan berusaha menimbulkan akhlak yang baik dalam jiwa umat islam. 

Iman seseorang hamba itu diukur dengan keutamaan jiwanya dan islamnya diukur dengan kebaikan akhlaknya. Allah SWT memuji nabiNya kerana memiliki ahklak yang tinggi.


Allah berfirman;

  "Dan sesungguhnya kamu benar benar berbudi pekerti yang mulia"

(Qalam ayat 4) 

Dan Allah berfirman lagi;

  "Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah olah teman yang sangat setia"

(Fussilat ayat 34)

Kemudian firman Allah SWT;

   "Dan bersegeralah kamu kepada kemapunan dari Tuahanmu dan kepada syurga yangg luasnya  seluas langit dan bumi yang disediakan unutk orang orang yang bertakwa, (iaitu) orang orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang mahupun di waktu sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang . Allah menyukai orang orang yang berbuat kebaikan"

(Al Imran ayat 133-134)

Rasulullah SAW diutus Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempernakan akhlak yang mulia"  

(Bukhari)

Rasulullah SAW menerangkan keutamaan akhlak yang baik dengan sabdanya;

"Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbanagan amal (mizan) dari akhlak yang baik" 

(Ahmad dan Abu Daud)

Dan sabda Nabi SAW;

"Kebajikan itu adalah akhlak yang baik" 

(Bukhari) 

Lalu Nabi SAW bersabda;

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya"

(Ahmad dan Abu Daud) 

Kemudian sbada Nabi SAW;

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu dan paling dekat majlisnya dengan aku adalah orang yang paling baik akhlaknya" 

(Bukhari)

Nabi SAW ditanya pula tentang amal yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga.

Nabi SAW menjawab;

"Takwa kepada Allah SWT dan akhlak yang baik" 

(Tirmizi dan sahih) 

Kemudian Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya seseorang hamba yang berakhlak baik akan mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di akhirat, walaupun ibadahnya sedikit" 

(Tabrani)


Pendapat ulama tentang AKHLAK YANG BAIK 

Al Hassan berkata: "Akhlak yang baik adalah bermuka manis, dermawan dan tidak suka mengganggu".

Abdullah biin Mubarak berkata: "Akhlak yang baik terhimpun dalam tiga perkara iaitu, menjauhi yang haram, mengusahakan yang halal dan memberi masa lapang kepada keluarga.

Yang lain berkata: "Akhlak yang baik ialah dekat dengan orang dan baik sesama mereka". Yang lain berkata: "Akhlak yang baik ialah tidak menyakiti orang dan sabar terhadap orang mukmin" . Yang lainnya berkata: "Akhlak yang baik itu ialah tidak mementingkan sesuatu selain Allah".

Para ulama menyebutkan ciri ciri akhlak yang baik itu ialah: Memiliki rasa malu yang besar, sedikit berbuat kesalahan dan banyak berbuat kebaikan, benar ucapannya dan tidak banyak berbicara, selalu beramal dan sedikit berbuat kekeliruan, menghindari perbuatan yang tidak bermanfaat, berbuat baik dalam pergaulan dan menghormati orang,bersikap sabar, banyak terima kasih, rela, penyantun, setia, dapat menahan diri, tidak suka mengutuk,memaki hamun, mengadu domba, mengumpat atau tergesa gesa, tidak pendendam, kedekut dan iri hati, manis muka dan ceria, cinta dan benci kerana Allah SWT, rela dan marah kerana Allah SWT. Itu semua merupakan ta'rif akhlak yang baik mengenai sifat sifatnya .

Syukran ala kulli shay' :) 





Friday 15 March 2013

Suara yang didengar mayat

Assalamualaikum, mungkin para pembaca yang dirahmati Allah SWT sudah tahu bahawa yang akan ikut mayat adalah tiga hal iaitu;


  • Keluarga
  • Hartanya
  • Amalnya
TETAPI ada dua yang akan kembali dan SATU akan tinggal bersamanya iaitu AMALNYA.

    Ketika Roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik "Wahai fulan si fulan", apakah kau yang telah meninggalkan dunia , atau dunia yang meninggalkanmu. Apakah kau yang mengumpulkan harta kekayaan atau kekayaan yang telah mengumpulmu, apakah kau telah mengubur dunia, atau dunia telah menguburmu ketika mayat tergeletar akan dimandikan..Terdengar suara dari langit memekik" Wahai fulan si fulan"... mana badanmu dahulunya yang kuat, mengapa kini terkulai lemah mana lisanmu yang dahulunya fasih mengapa kau bersuara mana telingamu yang dahulunya mendengar mengapa kini tuli dari seribu bahasa mana sahabat sahabtmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib"?

Ketika mayat siap dikafankan...suara dari langit terdengar memekik, "Wahai fulan anak si fulan berbahagialah apabila kau bersahabat dengan reda,celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah wahai fulan anak si fulan ...Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya kini kau tengah safar sebuah tujuan yang penuh pertanyaan" .

Ketika mayat diusung...Terdengar dari langit suara memekik ,"Wahai fulan anak si fulan...Berbahagialah apbila amalmu adalah kebajikan kebahagiaan apbila matamu di awali taubat, berbahagia apabila hdupmu penuh dengan taat" .

Ketika mayat disolatkan...Terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fuln anak si fulan...Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihatm=nya di akhirat apabila baik maka kau akan melihatnya buruk" .

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat...Terdengar suara memekik dari langit," Wahai fulan anak si fulan...Ap yang telah kau siapkan dari rumah mu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita disini" .

"Wahai fulan anak si fulan....Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bijak bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa" .

Ketika semua manusia meninggalkan kau sendirian...Allah berkata kepadanya, "Wahai hambaku...Kini kau tinggal seorang diri tiada teman dan tidak kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap ...Mereka pergi meninggalkanmu ...Seorang diri, padahal kerana mereka kau pernah melanggar perintah aku hari ini...Akan ku tunjukkan kasih sayang seorang ibu bapanya kepada anaknya" .

Kepada jiwa jiwa yang tenang Allah berfirman, "Wahai jiwa jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Masuklah ke dalam jamaah hamba hambaKu yang baik dan masuklah ke dalam JannahKu" .

Semoga kita memanfaatkan hidup ini .Sekian :) 

Wednesday 13 March 2013

Cara cara mengkafankan mayat (Bahagian 2)

Assalamualaikum hea semua kawan kawan yang dirahmati dan dicintai Allah , kali ni pula saya nak kongsi pula cara cara mengkafankan mayat pula. Semoga kita semua menjadi anak anak yang soleh/solehah :) 


  1. Hukum mengkafankan mayat adalah satu fardu kifayah atas orang yang hidup. Pembelanjaaan kain kafan diambil dari harta peninggalan si mati, kalau tidak harta maka kafan diwajibkan  dii atas orang yang menanggung nafkah semasa hidup. jika tidak ada juga maka teserlah kepada BaitulMal. Sekriannya BaitulMal tidak ada maka menjadi tanggungjawab lain lain jabatan untuk mengendalikannya 
  2. Bagi memudahkan kerja mengafan mayat, bentangkan kain kafan yang sudah siap dipotong dan kemudian angkatkan mayat dengan perlahan dan letakkan mayat mengikut ukuran kain. Sumbatkan semua anggota badan yang berlubang seperti dua telinga, hidung dan luka luka yang ada pada badan, lekatkan kapas pada kedua mata dan mulutnya bagi tujuan menghalang dari dimasuku binatang rayapan. 
  3. Letakkan kapas yang telah dicampur dengan kapur barus pada anggota tempat sujud iaitu hidung dan dua tapak tangan dan dua kepala lutut dan dua tapak kaki
  4. Mulakan lipat kain dari sebelah kiri, himpunkan hujung kain kafan di sebelah kepala sebagai serban
  5. Disunatkan meletak mayat atas kain kafan dilebihkan panjang kainnya di sebelah kepala daripada sebelah kaki. Jika kain kafan itu sehelai , kain kafan yang tidak boleh menutupi seluruh badan maka tutuplah kepala dan biarkan kaki di luar
  6. Ikatkan mayat tersebut dengan tali pengikat yang telah disediakan dengan simpul ikatan smeua berada di sebelah kiri. Setelah itu angkatkan mayat ke tempat di mana akan diadakan sembahyang dengan mendahului kepala dan diletakkan kepala di sebelah kiri imam jika mayat lelaki dan sebelah kanan imam jika mayat tersebut perempuan. 
Sekian terima kasih dan semoga ia beri manfaat :)


Cara cara memandikan mayat (Bahagian 1)


  1. Angkat mayat dahulu perlahan lahan ke tempat mandi didahului dengan kepala dan dalam keadaan tertutup seluruh badan 
  2. Apabila sampai ke tempat mandi lebih baik disenamkan terlebih dahulu segala sendi sendinya supaya lembut. Boleh digunakan minyak bagi tujuan melembut sendi sendinya tersebut. Ini adalah pendapat Imam syafie 
  3. Dimandikan dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air boleh menyerp masuk serta menutupi auratnya  
  4. Mengikut pendapat imam Nawawi tidak harus orang yang memandikan mayat menyentuh atau memegang aurat si mati melainkan dharurah 
  5. Ratakan air ke seluruh badan setelah dicuci di bahagian celah celah badan 
  6. Cara yang lebih baik memandikan mayat mengikut pendapat Imam Nawawi ialah;
  • Disunatkan memandikan mayat di dalam baju kurung yang nipis atau kain yang menutupi antara pusat dan lutut 
  • Memandikan dengan air sejuk lebih afdal dari memandikan dengan air panas melainkan kerana hajat 
  • Angkat mayat dalam keadaan duduk dengan perlahan lahan dan lemah lembut dan urutkan perut mayat beberapa kali untuk mengeluarkan kotoran . Adalkan perasapan untuk mengeluarkan bau busuk 
  • Tuangkan air sebanyak banyaknya dan basuhkan dubur dan kemaluannya dengan tangan kiri yang berbalut (berlapik) . Bersihkan segala najis sebagaimana istinjak orang hidup 
  • Bersihkan badannya dari najis dengan menggunakan daun bidara atau sabun , dan hilsngkan samaada yang terlekat dibadannya seperti pelekat dan sebagainya 
  • Masukkan jari ke dalam mulut mayat dan gosok perlahan lahan beserta dengan air . Jangan dibuka mulutnya tetapi hendaklah dilakukan dengan tangan sahaja dalam keadaan tangan berbalut 
  • Masukkan sedikit air ke dalam hidung dan bersihkan . Begitu juga dengan kuku kaki dan tangan hendaklah dcuci termasuk kedua cuping telinganya. Kesemua ini boleh dilakukan dengan menggunakan penyugi yang bersih dan lembut (putik kapas)
  • Wudukkan mayat tersebut sebagaimana wuduk orang hidup dengan lafaz niat;
     "Sahaja aku mengambil wuduk mayat ini (lelaki /perempuan) kerana Allah taala ."

Sekian terima kasih dan semoga ia beri manfaat kepada anda semua :)


Wednesday 13 February 2013

Berselawat ke atas Rasulullah SAW

Banyakkanlah berselawat ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW walau di mana jua kita berada, 

Firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab ayat 56;


"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat kepada Nabi. Hai orang orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya."


Rasulullah SAW bersabda;


"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicitai olehnya daripada ia mencintai anaknya, ibu bapanya dan manusianya. "

(Hadis riwayat Ahmad,Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah) 

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat ke atas Nabi SAW." 

(Hadis riwayat Ad-Dailami)

"Sesungguhnya seutama utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" 

(Hadis riwayat An Nasaa'i dan Ibnu Hibban)

"Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupkan urusan keduniaan dan keakhiratan dan kau sebagai saksi dan pembela baginya" 

(Hadis riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

"Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya" 

(Hadis riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al Hakim)

"Barang siapa berselawat kepadaku pada hari jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun."

(Hadis riwayat Ad-dailami)

"Barang siapa yang berselawat kepadaku dari umatku maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa."
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku Azzawajalla maka dia (jibrail) berkata: Barang siapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari umatmu, Allah SWT mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosadan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah  atasnya (membalas) yang seumpamanya."
(Hadis riwayat Ahmad)

"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (pengheningan jiwa pembersih dosa) bagimu."
(Hadis riwayat Ibnu Murdawaih)

"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali."
(Hadis riwayat Muslim)

"Barang siapa berselawat kepadaku pada hari jumaat seratus kali maka ia datang pada hari kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antar makhluk semuanya maka cahaya itu akan memnuhinya."
(Hadis riwayat Abu Nu'aim) 

"Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat. tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di duniannya."
Hadis riwayat Ibnu Najar dan Jabir)
"Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari sribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga."
(Hadis riwayat Abus Syaikh dari Anas)

"Hianalah hidung orang yang yang ketika disebutkan namaku, tidak membaca selawat kepadaku."
(Hadis riwayat Tirmidzi)

"Orang yang bakhil ialah yang diseburt namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku."
(Hadis riwayat Tirmidzi)


Tuesday 12 February 2013

Wafatnya Rasulullah SAW

    Ketika subuh hari isnin 12 Rabiuawal tahun ke 11 hijrah, apabila para sahabat dan umat islam hendak masuk ke masjid untuk menuunaikan solat subuh Rasulullah SAW menyuruh Aisyah menjirus air ke badannya ketika itu Baginda merasa dirinya dalam keadaan demam. Apabila Baginda merasa tidak mampu untuk keluar solat, maka Baginda berkata kepada Aisyah, "Suruhlah Abu Bakar keluar solat bersama umat islam," Kemudian Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Abu Bakar seorang lelaki yang lembut hatinya, apabila dia berdiri di tempatmu ya Rasulullah maka orang tidak kan mendengar bacaannya kecuali tangisan" Rasulullah SAW tetap menyuruh Aisyah sebagaimana kata katanya sebelum ini iaitu menyuruh Abu Bakar solat bersama sama umat islam.

    Maka solatlah Abu Bakar mengimami umat islam sebanyak 17 waktu bermula daripada waktu isyak malam jumaat sehingga akhir subuh hari isnin. Tiba tiba Rasulullah SAW menyelak langsir biliknya sambil tersenyum memandang kepada mereka yang sedang berbaris untuk menunaikan solat subuh, kemudian Abu Bakar mengundur ke belakang kerana ingin memberikan tempat kepada Rasulullah SAW kerana beliau menyangka Rasulullah SAW sudah kembali sihat.

    Namun Rasulullah SAW terus memberikan isyarat dengan tangannya kepada Abu Bakar supaya mereka semua tetap meneruskan solat. Kemudian Rasulullah SAW duduk di samping Abu Bakar lalu Abu Bakar solat mengikut solat Rasulullah SAW yang dilakukan dengan keadaan duduk, sementara mereka yang lain mengikut solat Abu Bakar.

    Umat islam merasa gembira kerana mereka menyangka dengan keluarnya Rasulullah SAW itu bermakna Baginda sudah kembali sihat. Tetapi sebenarnya, sakitnya bertambah teruk ketika itu. Itulah kali terakhir Rasulullah SAW menunaikan solat berjemaaah bersama sama umat islam. Kemudian Rasulullah menutup kembali langsir biliknya dan itulah juga pandangan terakhir Rasulullah SAW kepada para sahabatnya dan umat islam sebagai membuktikan bahawa Rasulullah SAW sangat sayang kepada sahabat serta umatnya.

    Rasulullah SAW kembali ke bilik Aisyah, lalu berbaring menyandarkan kepalanya ke dada Aisyah untuk menghadapi sakaratul maut. Tatkala Rasulullah SAW di atas pangkuan Aisyah, tiba tiba pintu rumahnya diketuk seraya memberi salam. Aisyah pun pergi ke muka pintu dan bertanya, "Apa hajat tuan datang ke sini?" Lalu tetamu itu menjawab, "Aku ingin menemui Rasulullah SAW." Aisyah menyatakan bahawa Baginda sedang sibuk dengan dirinya sendiri, bermaksud Baginda sedang berperang dengan kesakitannya. Lalu Aisyah mengatakan, "Pulanglah." Orang tadi memberi salam untuk kali keduannya. Namun begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh Aisyah  dan apabila kali yang ketiga., Baginda SAW terdengar suara itu dan terlintas di hatinya bahawa Baginda mat kenal dengan suara itu. Lalu Baginda mengatakan kepada Aisyah, "Suruh orang itu masuk!" dan Baginda berkata kepada Aisyah, "Kamu kenal siapa dia?" Aisyah menjawab, "tidak" Kata Baginda "Dialah pemutus kesenangan dunia, dialah pemisah orang yang disayangi, dialah Izrail, malaikat maut."

    Baginda bertanyakan kepada Izrail apa tujuan kedatangannya, lalu Izrail berkata, "Allah SWT perintahkan aku mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan olehmu ya Rasulullah, jika tidak Allah SWT mengarahkanku kembali." Nabi bertanya, "Di mana kau tinggalkan sahabatku Jibrail." Malaikat Izrail menjawab, "Aku tinggalkan dia di langit dunia," jawab Izrail."kenapa?" tanya Baginda. "Dia tidak sanggup melihatmu menghadapi sakaratul maut." "Panggillah dia, "pinta Baginda. Sejurus daripada itu, Malaikat Jibrail pun turun berada di sisi Rasulullah SAW. Baginda bertanya kepada Jibrail, Wahai kekasihku, kenapa kau lambat datang menziarahiku?" Bercucuran air mata Jibrail tanpa sebarang suara kerana menahan sebak melihat kekasihnya Muhammad berada di dalam kesakitan.

    Izrail pun mmeinta keizinan Baginda untuk menjalankan tugasnya, lalu Baginda berkata berkata,"lakukanlah" Apabila roh ditarik dari ubun ubun, Baginda mengerang kesakitan sambil berkata,"Wahai Izrail, sakitnya mati ini. "Mengalir air mata Izrail seraya menjawab, "Tidak pernah kau mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu ya Rasulullah."

    Rasulullah SAW mengadu kesakitan, berpeluh dahi Baginda menahan kesakitan sakaratul maut. "Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana umatku mampu menanggungnya." Malaikat Jibrail tidak mampu berkata kata hanya air mata yang mengalir. Baginda berkata, "Wahai kekasihku Jibrail kenapa kau tidak menajawab dan kenapa kau berpaling, adakah kamu benci melihat wajahku?" Barulah Jibrail bersuara, "Wahai kekasihku, sebenarnya aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan sebegini," Jibrail mennagis semahunya. "Wahai Jibrail, sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh umatku biar aku tanggung sekarang ini," begitu Rasulullah SAW sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak mampu menahan sakitnya mati, namun permintaanya tidak dipekenankan Allah SWT .

    Baginda membuat permintaan kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini." Malaikat Jibrail mengatakan kepada Rasulullah SAW, "Bahawa seluruh pintu pintu syurga dibuka dan para bidadari yang sedang berhias hias menanti rohmu. "Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini." Jibrail berkata, "Sesungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langirt dunia menantikan rohmu di angkat."

    Rasulullah SAW mengulangi lagi katanya, "Wahai Jibrail ianya masih tidak menggembirakan aku. Ya Jibrail! berilah berita gembira kepadaku." Malaikat Jibrail pun menyatakan, Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak kakn masuk syurga umat umat lain melainkan umatmu dahulu yang memasukinya." Tersenyum Rasulullah mendengarnya. Ini membuktikan bahawa cintannya yang mendalam terhadap umatnya dan akhirnya Rasulullah SAW pergi menemui Allah SWT dengan tenamg. Baginda wafat dengan meninggalkan 9 isteri iaitu, Saudah, Aisyah, Hafsah, Ummu, Habibah, Zainab binti Jahsy, Juwairah, Safiyah dan Maimunah  .

Monday 11 February 2013

Rasulullah SAW ketika sakit

    Tidak lama sekembalinya Rasulullah SAW dari mekkah mengerjakan Haji Wada', Baginda telah memerintahkan kaum Muslimin untuk bersiap sedia memerangi tentera Rom. Rasulullah SAW juga telah memilih Usamah bin Zaid iaitu anak kepada Zaid bin Harithah untuk mengetuai peperangan ini, walaupun waktu itu usia Usamah masih muda, Usamah diperintahkan diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar pergi ke tempat di mana ayahnya terbunuh

   Pada ketika inilah Rasulullah SAW sakit di bahagian kepalanya. Kemudian sakitnya Rasulullah SAW semakin bertambah berat sehingga Usamah menghentikan pasukannya di tempat perkhemahan tersebut dan menantikan apa yang akan diputuskan oleh Allah SWT  di dalam masalah ini. Diceritakan bahawa bermulanya sakit Rasulullah SAW adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa'ad dari Abu Muwaihibah, bekas hamba Allah SWT yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW. Dia berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, aku diperintahkan untuk meminta keampunan bagi penghuni kubur di perkuburan Baqi' ini, maka marilah pergi bersamaku." Kemudian aku pergi bersama Baginda.

    Ketika kami sampai Baginda mengucapkan, "Assalamualaikum ya ahlal Muqabir! Semoga diringankan seksa ke atas kamu kerana dosa yang pernah yang kamu lakukan, sepertimana yang pernah dilakukan manusia. Bermacam macam fitnah yang datang seperti kepulan kepulan malam yang gelap, silih berganti dan akhirnya lebih buruk dari pertama." Kemudian Baginda menghampiriku lalu bersabda, "Sesungguhnya aku diberikan pintu kekayaan di dunia dan abdi di dalamnya selama lamanya, kemudian aku disuruh memilih antara dunia atau menemui Tuhanku dan syurga." Aku berkata kepada Baginda, "Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, ambillah kunci kunci dunia dan abadi di dalamnya dan di syurga."

    Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah , tidak wahai Muwaihibah! Aku telah memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga." Kemudian Rasulullah SAW memintakan keampunan untuk penghuni Baqi' dan meniggalkan tempat itu. Sejak itulah Rasulullah SAW merasa sakit dan kemudian meninggal dunia. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa kembalinya dari Baqi', Rasulullah disambut oleh Aisyah lalu berkata, "Aduh sakit sunggug kepalaku!" Llu Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah, "Demi Allah Aisyah, kepalaku terasa sangat sakit!"Sakit kepalanya itu semakin lama semakin bertambah berat sehingga menyababkan demam yang kuat.

    Rasulullah SAW sakit pada akhir bulan safa tahun ke 11 hijrah dan sepanjang tempoh sakitnya Baginda berada di rumah isterinya Maimunah. Apabila sakitnya menjadi tenat, Baginda meminta izin daripada isteri isterinya untuk tinggal di rumah Aisyah. Ketika keluar dari rumah, Baginda di papah oleh Al Abbas bbin Abdul Mutalib dan Ali bin Abi Talib sehingga masuk ke rumah Aisyah.

    Di rumah Aisyah, sakirt Rasulullah SAW bertambah tenat. Para sahabat mula bertambah cemas dan merasa sedih melihat keadaan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah, "Siramlah aku dengan tujuh gayung air kerana ku ingin keluar bertemu dengan mereka untuk berbicara" Selepas itu keluarlah Rasulullah SAW menemui para sahabat dan mengimami mereka dan berkhutbah kepada mereka. Rasulullah keluar dengan kepalanya terasa pening lalu duduk di atas mimbar. Pada awalnya Rasulullah SAW berdoa dan meminta kemapunan untuk para Muhajiddin Uhud lalu bersabda, "Seorang hamba diberi pilihan Allah, antara diberi kekayaan dunia atau kembali ke sisiNya, lalu hamba itu memilih kembali ke sisiNya."

    Serta merta Abu Bakar menangis kerana mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW lalu berkata dengan suara yang keras, "Kami tebus engkau dengan bapa bapa kami dan ibu ibu kami!." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Tunggu sebentar wahai Abu Bakar! wahai manusia, orang yang paling bermurah hati kepadaku dengan harta dan persahabatannya ialah Abu Bakar. Seandainya aku hendak mengangkat orang sebagai khalil (teman kesayangan) maka Abu Bakarlah khalilku, akan tetapi persaudaraan yang sejati adalah persaudaraan islam. Tidak boleh ada khaukhah (lorong) Abu Bakar. Sesungguhnya aku adalah tanda pemberi petunjuk bagi kalian dan aku menjadi saksi ke atas kalian. Demi allah SWT sesungguhnya aku telah diberi kunci kunci dunia. Demi Allah SWT aku tidak takut kalian akan menjadi musyrik sesudahku tiada tetapi aku takut kalian berlumba lumba berebut kekayaan dunia."

    Kemudian Rasulullah SAW kembali ke rumahnya dan sakitnya bertambah tenat. 


Beberapa sifat akhlak Rasulullah SAW


  • Rasulullah SAW seorang yang paling dermawan  khususnya di bulan Ramadhan
  • Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badanya. Orang yang paling lembut  tapak tangan dan harum baunya. Baginda suka kepada bau bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang busuk
  • Orang yang paling baik pergaulannya dan paling takut kepada Allah SWT 
  • Tidak pernah marah ataupun berdendam kerana dirinya. Baginda marah kerana larangan larangan Allah SWT yang dilanggar 
  • Akhlaknya adalah akhlak Al Qur'an
  • Orang yang paling tawaduk
  • Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya 
  • Merendahkan sayapnya (merendah diri) bila berhadapan dengan orang orang yang lemah 
  • Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain 
  • Orang yang tidak mencela makanan sama sekali, jika menyukainya Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya 
  • Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu
  • Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga
  • Baginda biasa menggilap kasut sendiri, menjahit pakaian dan menziarahi orang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya mahupun orang miskin
  • Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma 

Friday 8 February 2013

Detik detik kenabian

Bab 2 (akhir) 

    Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW pernah menyatakan, "mimpi yang benar merupakan 1/46 bahagian daripada (wahyu) kenabian." Di waktu Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama, Muhammad SAW bagaikan orang yang sangat takut kembali ke rumahnya menemui Khadijah menjelang pagi. 

    Diceritakanlah pengalamannya kepada Khadijah. Maka Khadijah memeluk Muhammad dengan kasih sayang dan membelai sambil berkata, "Ya Abu Qasim, Allah melindungi kita, tenang dan mantapkan hati mu! Demi Allah nyawaku berada di tanganNya, aku berharap kamu akan menjadi nabi bagi umat ini! Allah sama sekali tidak akan mendustakanmu, kamu seorang yang menjaga baik hubungan silaturhmi, selalu berkata benar, sanggup menghadapi kesusahan, hormat kepada tetamu dan menolong orang orang yang berada di atas kebenaran." 

    Mendengar perkataan Khadijah yang lemah lembut itu, tenanglah hati Muhammad SAW. Ketika Muhammad SAW tertidur dan berselimut, Khadijah dihantui oleh fikiran yang sangat membingungkan. Tidak berapa lama kemudian, Khadijah pun pergi menemui Waraqah bin Naufal, seorang pendeta Nasrani yang terkenal sebagai seorang yang mahir tentang kitab kitab Nasrani. Diutarakan pengalaman yang dialami Muhammad SAW kepada Waraqah. Dengan wajah yang sangat terkejut, Waraqah berkata,"Quddus...Quddus...! Demi Tuhan yang menentukan hidup matiku, jika engkau percaya, Hai Khadijah...yang datang kepadanya itu adalah malaikat terbesar yang dahulu datang kepada Nabi Musa dan Isa! Dia Muhammad SAW adalah nabi bagi umat ini... Katakan kepadanya, hendaknya dia tetap tabah dan setia."

    Dengan gembira dan bergegas Khadijah pulang ke rumahnya untuk menemui Muhammad SAW. Beliau melihat Muhammad SAW sedang tidur dengan nyenyak. Tidak berapa lama kemudian, Muhammad SAW membuka matanya perlahan lahan dan Baginda mendengar ada yang mengatakan sesuatu di depannya.
Bunyi satu kalimah itu;


"Wahai orang yang berselimut, bangunlah lalu beri peringatan (kepada semua manusia) dan agungkanlah Allah, Tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah perbuatan dosa. Janganlah engkau memberi (dengan harapan) mendapat balasan lebih banyak. Hendaklah engkau tabah (sabar) dalam melaksanakan perintah Allah. Tuhanmu!" 

Surah Al Muddathir ayat 1-7

    ini merupakan wahyu yang difirmankan Allah SWT di dalam surah Al Muddathir ayat 1-7. Melihat Muhammad SAW tersedar, Khadijah menceritakan apa yang Waraqah sampaikan kepadanya mengenai Muhammad SAW. Direnung wajah Khadijah dengan penuh rasa kasih sayang dan berkata, "Khadijah, habislah sudah waktu untuk tidur dan beristirehat. Malaikat Jibrail menyuruhku memberi peringatan kepada semua manusia dan mengajak mereka supaya sembah sujud serta beribadah hanya kepada Allah SWT. Siapakah gerangan yang dapat ku ajak dan siapa pula yang akan menerima ajaranku?"

    Ketika itu, Khadijah menyatakan keimananya. Penyataan Khadijah sangat mengembirakan hati Muhammad SAW. Tenteramlah hati Baginda dan bertekad untuk menyampaikan amanah Allah SWT ini kepada seluruh umat manusia. Setelah wahyu pertama turun, bermulalah kehidupan Muhammad SAW. Khadijah dan pengikutnya diuji oleh Allah SWT. Segala gangguan, ejekan sehingga pemboikotan ekonomi yang dilancarkan oleh kaum musyrikin di Makkah terus berlanjutan.


    Tapi disebabkan keimanan dan kecintaan yang kuat terhadap Allah SWT dan rasulNya, Khadijah tetap setia di samping suaminya, membantu seta mendorong untuk terus maju dan tabah menghadapi segala ujian ini. Pemboikotan terhadap kaum Muslim oleh kaum Quraisy, menyebabkan Rasulullah SAW dan Khadijah diusir dari Makkah dan terpaksa tinggal di Syi'ib (dataran sempit di antara dua bukit) Kesetiaan pada agama Allah SWT dan rasulNya, Khadijah rela meninggalkan segala harta kekayaan, rumah dan kerabatnya demi untuk membantu dan menemani Rasulullah SAW selama 3 tahun di Syi'ib. Penderitaan demi penderitaan yang dialami Khadijah kerana pada waktu itu usianya sudah lanjut dan mengganggu tahap kesihatannya. 

    Pemboikotan ekonomi yang dirancang berjalan selama 3 tahun, tetapi atas bantuan Allah SWT pemboikotan itu terhenti kerana kertas bukti pemboikotan yang digantung di dalam kaabah telah dimakan anai anai, juga kerana beberapa orang Quraisy yang bersimpati dengan penderitaan orang orang islam mereka membatalkan pemboikotan tersebut. Mereka tidak berhasil mengajak kembali kaum Muslimin untuk kembali ke agama asal mereka wlalaupun dnegan cara pemboikotan ini. 

    Setelah enam bulan pemboikotan ekonomi itu, bapa saudara nabi iaitu Abu Talib yang selalu mendidik, menjaga serta melindungi nabi menemui ajalnya. Khadijah yang sakit oleh kerana umurnya dan penderitaan di Syi'ib, tidak mengizinkan beliau mengikut suaminya menyaksikan kewafatan Abu Talib. Tidak lama selepas kewafatan Abu Talib, Khadijah pula wafat dan tinggallah Nabi SAW sendirian meneruskan risalah yang diterima dari Allah SWT Rab AL-Jalil. 

Sifat Tawaduk Rasulullah SAW

Baginda SAW adalah seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda merupakan kekasih dan Nabi Allah SWT. Baginda juga tidak suka dipuji sebagaimana yang dicertakan oleh Sayidina Umar Al Khattab di dalam sebuah Hadis;

"Janganlah kamu memuji aku berlebih lebihan seperti kaum Nasrani memuji Nabi Isa Ibn Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah. Maka kami semua menyebut: Hamba Allah dan rasulNya" 

(Hadis riwayat At Tarmizi, Bukhari, Ahmad dan Abu Dawud) 

Banyak Hadis yang mencertakan tentang sifat Tawaduk Nabi SAW antaranya;

  • Nabi SAW yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya bukan orang yang berhajat itu datang menemui Baginda SAW
  • Baginda SAW pernah memnuhi undangan seorang hamba, ketika itu Baginda hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat dari sabut
  • Baginda SAW menunaikan Haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan di lapk dengan baldu yang harganya tidak samapai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin Malik
  • Baginda SAW tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang hampir basi
  • Baginda SAW tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa,"Tidak seorang pun ysng lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah SAW. Tetapi apabila Baginda datang, mereka tidak bangun kerana mereka mengetahui bahawa Baginda SAW tidak suka dihormati sebegitu"
  • Baginda SAW ialah manusia biasa. Baginda merendam pakaian, memerah susu kambing dan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda mempunyai ramai isteri dan khadam(pembantu) .

Thursday 7 February 2013

Detik detik kenabian

  Bab 1

    Pada usia 40 tahun, Muhammad menerima wahyu dari Allah SWT di gua Hira dengan perantara Malaikat Jibrail memang merupakan suatu perancangan Allah SWT bahawa Muhammad SAW adalah orang yang paling sesuai untuk menerima tugas mulia ini. Masa remaja Muhammad SAW diisi dengan banyak memikirkan tnetang rahsia rahsia alam ini.

    Sering kali Muhammad SAW menanyakan kepada bapa saudaranya Abu Talib mengapa penduduk penduduk Mekkah menyembah berhala, patung yang tidak boleh berbuat apa apa kecuali membisu dan diam. Oleh kerana pendiriannya yang sangat mempercayai akan ada sesuatu yang lebih berkuasa dari berhala berhala itu, Muhammad SAW sering termenung dan menyendiri di Gua Hira.

    Aisyah meriwayatkan, "Sebelum kedatangan wahyu yang pertama sering dialami Rasulullah SAW ialah mimpi mimpi yang benar (ar-ru'yah ash shdiqah). Apa yang sering terlihat dalam mimpi selalu terbukti kebenarannya secara nyata, seterang cahaya pagi. Setelah itu Baginda terdorong untuk berkhlawat (menyepi atau menjauhkan drir dari segala kesibukan) di Gua Hira. Disana Baginda beribadah selama beberapa malam, kemudian pulang pada keluarganya untuk mengambil bekalan dan melanjutkan khalwat yang berikutnya. 

    Demikianlah yang beliau lakukan hingga saat kedatangan Al Haq (Kebenaran yang mutlak), iaitu kedatangan Malaikat Jibrail untuk menyampaaikan wahyu pertma dalam Surah Al Alaq; 

"Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang telah menciptakan" 

    Sering kali Nabi Muhammad SAW bermimpi yang sangat mengejutkan Baginda. Pernah pada suatu hari Baginda bermimpi mendengar suara berkata, "Hai Muhammad, sesungguhnya engkau adalah utusan Allah Yang Maha Benar!" Baginda pun terkejut lalu bangun dan mencari cari dari mana datangnya suara itu. Tetapi setiap penjuru di penuhi cahaya yang bergemerlapan.

    Melihat tingkah laku suaminya yang cemas dan bingung terhadap mimpi mimpi yang diterimanya, Khadijah mencadangkan agar Muhammad SAW bertemu Waraqah bin Naufal, yang terkenal sebagai ahli tafsir mimpi.

    Perbualan di antara Waraqah dengan Muhammad SAW diriwayatkan seperti ini. Waraqah bertanya, "Dari mana engkau mendengar suara tersebut?" Nabi menjawab, "Dari atas." Waraqah berkata, "Pecayalah bahawa itu bukan suara bisikan syaitan, sebab syaitan tidak mamapu datang dari arah atas, tidak pula dari arah bawah. Suara itu suara malaikat. 

    Kata kata ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya di dalam surah Al A'raf;

"Kemudian Aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan  dapati kebanyakan mereka bersyukur" 




Monday 7 January 2013

Learn english as easy as pie

 Assalamualaikum dan salam sejahtera . Hey there, whaddya doin now? harap2 semuanya sihat sentiasa dan dilimpahi kasih sayang serta rahmat Allah SWT .
  1. Psychopannychism - belief in sleep of souls from death to bodil resurrection
  2. Psychaesthesia - sensation in relation to feeling and tought 
  3. Procryptic - Pertaining to or having protective coloration
  4. Xenodocheionology - Love of hotels and inns
  5. Xiphophyllous - Sword shaped leaves 
  6. Triphyllous - Three leaved 
  7. Tristachyous - Three spiked
  8. Theophilanthopism - Love of God and man 
  9. Synchysis - Confusion
  10. Synoecious - Having male and female flower in same in florescence
  11. Rhizanthous - with flowers emerging from root
  12. Psychoprophylaxis - use of relaxation techniques
Itu saja yang dapat saya konsikan . Semoga dapat memberi manffat kepada anda semua .Thanks a bunch for reading.