Wednesday, 27 November 2013

Nilai sebuah Al Qur'an

 Nilai sebuah Al Qur'an terlalu mahal. Tidak mampu untuk ditukar ganti sekalipun seluruh langit dan bumi menjadi cagarannya .

   Sesiapa yang membacanya akan menambahkan iman, sesiapa yang memanhaminya akan merasai ketakjuban,sesiapa yang berpegang dengannya akan berjaya dan sesiapa yang mengkajinya akan bertemu rahsia agung. Demikianlah Al Qur'an.



Keperibadiaan Al Qur'an .
  1. Membaca- Menambahkan ilmu 
  2. Memahami- berasa takjub 
  3. Berpegang- Berjaya dalam kehidupan 
  4. Mengkaji- Bertemu rahsia 

   Antara nilai paling agung sebuah Al Quran adalah ia merupakan sebuah kitab yang tidakada sebarang keraguan. Sebuah kitab yang 100% benar dan tepat. Tiada sebuah buku pun yang mampu mengungkapkan dan membuktikan bahawa bukunya adalah buku yang sunyi daripada sebarang kesilapan dan pencanggahan. Namun Al Quran, awal awal lagi telah mengisyhtiharkan bahawa ia merupakan sebuah kitab yang tiada keraguan padanya .


   Sama ada dalam membicarakan perkara yang telah lalu, perkara semasa atau perkara yang akan datang. Bahkan isi kandungan Al Qur'an jauh ke hadapan, wawasannya jelas. Sehingga kini, tiada satu fakta pun yang dapat mempertikaikan kewibawaan Al Quran. Benarlah penegasan Al Qur'an. 




ذلك لكتب لاريب فيه هدي للمتقين
Maksudnya: "Kitab Al Quran yang tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya ) ia pula menjadi petunjuk bagi orang orang yang hendak bertaqwa."  Surah Al Baqarah ayat 2:2

Thursday, 11 April 2013

Akhlak yang baik

 Assalamualaikum  

Akhlak adalah satu sikap yang melekat dalam jiwa seseorang yang melahirkan perbuatan perbuatan berdasarkan kemahuan dan pilihan manusia itu sendiri sama ada baik atau buruk, terpuji dan tercela. Akhlak tersebut melekat menjadi tabiat jiwa kerana dipengaruhi pendidikan baik dan buruk .

Apabila jiwa sesorang dididik dengan mengutamakan
kebaikan,kebenaran dan cinta kepada yang ma'ruf suka kepada kebaikan dan dilatih mencintai yang terpuji dan membenci yang tercela, maka sifat sifat tersebut menjadi tabiat bagi jiwa, yang melahirkan perbuatan perbuatan baik dengan mudah tanpa dipaksa. Dengan demikian orang tersebut dikatakan berakhlak mulia.

Orang yang berakhlak baik akan melahirkan perbuatan perbuatan yang terpuji tanpa mengalami kepayahan kerana sudah merupakan tabiatnya. Akhlak tersebut antara lain seperti adanya rasa malu, penyantun, teliti, sabar, tahan uji, dermawan, berani, adil, ihsan, akhlak akhlak utama lainnya dan kesempurnaan jiwanya.

Oleh yang demikian, apabila jiwa itu dibiarkan tidak didik dengan pendidikan yang layak baginya dan tidak diusahakan untuk menzahirkan unsur unsur kebaikan yang terpendam di dalamnya. Atau  dididk dengan pendidikan yang buruk, sehingga jiwa itu suka kepada yang buruk dan membenci yang baik, maka jiwa itu akan berperangai buruk. Dan kata kata serta perbuatan buruk akan muncul dari jiwa itu dengan mudah tanpa ada kepayahan. Dengan demikian jika dari dalam dirinys lahir perangai yang buruk dalam bentuk kata kata mahupun perbuatan, maka orang itu disebut berakhlak buruk. Akhlak yang buruk dan tercela itu ialah seperti khianat, dusta, keluh kesah, tidak sabar, tamak, bengis, kasar, keras kepala, jahat, keji, busuk hati dan sebagainya. 

Dengan demikian islam menyuruh umatnya untuk mendidik, menghormati dan berusaha menimbulkan akhlak yang baik dalam jiwa umat islam. 

Iman seseorang hamba itu diukur dengan keutamaan jiwanya dan islamnya diukur dengan kebaikan akhlaknya. Allah SWT memuji nabiNya kerana memiliki ahklak yang tinggi.


Allah berfirman;

  "Dan sesungguhnya kamu benar benar berbudi pekerti yang mulia"

(Qalam ayat 4) 

Dan Allah berfirman lagi;

  "Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah olah teman yang sangat setia"

(Fussilat ayat 34)

Kemudian firman Allah SWT;

   "Dan bersegeralah kamu kepada kemapunan dari Tuahanmu dan kepada syurga yangg luasnya  seluas langit dan bumi yang disediakan unutk orang orang yang bertakwa, (iaitu) orang orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang mahupun di waktu sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang . Allah menyukai orang orang yang berbuat kebaikan"

(Al Imran ayat 133-134)

Rasulullah SAW diutus Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempernakan akhlak yang mulia"  

(Bukhari)

Rasulullah SAW menerangkan keutamaan akhlak yang baik dengan sabdanya;

"Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbanagan amal (mizan) dari akhlak yang baik" 

(Ahmad dan Abu Daud)

Dan sabda Nabi SAW;

"Kebajikan itu adalah akhlak yang baik" 

(Bukhari) 

Lalu Nabi SAW bersabda;

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya"

(Ahmad dan Abu Daud) 

Kemudian sbada Nabi SAW;

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu dan paling dekat majlisnya dengan aku adalah orang yang paling baik akhlaknya" 

(Bukhari)

Nabi SAW ditanya pula tentang amal yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga.

Nabi SAW menjawab;

"Takwa kepada Allah SWT dan akhlak yang baik" 

(Tirmizi dan sahih) 

Kemudian Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya seseorang hamba yang berakhlak baik akan mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di akhirat, walaupun ibadahnya sedikit" 

(Tabrani)


Pendapat ulama tentang AKHLAK YANG BAIK 

Al Hassan berkata: "Akhlak yang baik adalah bermuka manis, dermawan dan tidak suka mengganggu".

Abdullah biin Mubarak berkata: "Akhlak yang baik terhimpun dalam tiga perkara iaitu, menjauhi yang haram, mengusahakan yang halal dan memberi masa lapang kepada keluarga.

Yang lain berkata: "Akhlak yang baik ialah dekat dengan orang dan baik sesama mereka". Yang lain berkata: "Akhlak yang baik ialah tidak menyakiti orang dan sabar terhadap orang mukmin" . Yang lainnya berkata: "Akhlak yang baik itu ialah tidak mementingkan sesuatu selain Allah".

Para ulama menyebutkan ciri ciri akhlak yang baik itu ialah: Memiliki rasa malu yang besar, sedikit berbuat kesalahan dan banyak berbuat kebaikan, benar ucapannya dan tidak banyak berbicara, selalu beramal dan sedikit berbuat kekeliruan, menghindari perbuatan yang tidak bermanfaat, berbuat baik dalam pergaulan dan menghormati orang,bersikap sabar, banyak terima kasih, rela, penyantun, setia, dapat menahan diri, tidak suka mengutuk,memaki hamun, mengadu domba, mengumpat atau tergesa gesa, tidak pendendam, kedekut dan iri hati, manis muka dan ceria, cinta dan benci kerana Allah SWT, rela dan marah kerana Allah SWT. Itu semua merupakan ta'rif akhlak yang baik mengenai sifat sifatnya .

Syukran ala kulli shay' :) 





Friday, 15 March 2013

Suara yang didengar mayat

Assalamualaikum, mungkin para pembaca yang dirahmati Allah SWT sudah tahu bahawa yang akan ikut mayat adalah tiga hal iaitu;


  • Keluarga
  • Hartanya
  • Amalnya
TETAPI ada dua yang akan kembali dan SATU akan tinggal bersamanya iaitu AMALNYA.

    Ketika Roh meninggalkan jasad, terdengarlah suara dari langit memekik "Wahai fulan si fulan", apakah kau yang telah meninggalkan dunia , atau dunia yang meninggalkanmu. Apakah kau yang mengumpulkan harta kekayaan atau kekayaan yang telah mengumpulmu, apakah kau telah mengubur dunia, atau dunia telah menguburmu ketika mayat tergeletar akan dimandikan..Terdengar suara dari langit memekik" Wahai fulan si fulan"... mana badanmu dahulunya yang kuat, mengapa kini terkulai lemah mana lisanmu yang dahulunya fasih mengapa kau bersuara mana telingamu yang dahulunya mendengar mengapa kini tuli dari seribu bahasa mana sahabat sahabtmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib"?

Ketika mayat siap dikafankan...suara dari langit terdengar memekik, "Wahai fulan anak si fulan berbahagialah apabila kau bersahabat dengan reda,celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah wahai fulan anak si fulan ...Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya kini kau tengah safar sebuah tujuan yang penuh pertanyaan" .

Ketika mayat diusung...Terdengar dari langit suara memekik ,"Wahai fulan anak si fulan...Berbahagialah apbila amalmu adalah kebajikan kebahagiaan apbila matamu di awali taubat, berbahagia apabila hdupmu penuh dengan taat" .

Ketika mayat disolatkan...Terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fuln anak si fulan...Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihatm=nya di akhirat apabila baik maka kau akan melihatnya buruk" .

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat...Terdengar suara memekik dari langit," Wahai fulan anak si fulan...Ap yang telah kau siapkan dari rumah mu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita disini" .

"Wahai fulan anak si fulan....Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bijak bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa" .

Ketika semua manusia meninggalkan kau sendirian...Allah berkata kepadanya, "Wahai hambaku...Kini kau tinggal seorang diri tiada teman dan tidak kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap ...Mereka pergi meninggalkanmu ...Seorang diri, padahal kerana mereka kau pernah melanggar perintah aku hari ini...Akan ku tunjukkan kasih sayang seorang ibu bapanya kepada anaknya" .

Kepada jiwa jiwa yang tenang Allah berfirman, "Wahai jiwa jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Masuklah ke dalam jamaah hamba hambaKu yang baik dan masuklah ke dalam JannahKu" .

Semoga kita memanfaatkan hidup ini .Sekian :) 

Wednesday, 13 March 2013

Cara cara mengkafankan mayat (Bahagian 2)

Assalamualaikum hea semua kawan kawan yang dirahmati dan dicintai Allah , kali ni pula saya nak kongsi pula cara cara mengkafankan mayat pula. Semoga kita semua menjadi anak anak yang soleh/solehah :) 


  1. Hukum mengkafankan mayat adalah satu fardu kifayah atas orang yang hidup. Pembelanjaaan kain kafan diambil dari harta peninggalan si mati, kalau tidak harta maka kafan diwajibkan  dii atas orang yang menanggung nafkah semasa hidup. jika tidak ada juga maka teserlah kepada BaitulMal. Sekriannya BaitulMal tidak ada maka menjadi tanggungjawab lain lain jabatan untuk mengendalikannya 
  2. Bagi memudahkan kerja mengafan mayat, bentangkan kain kafan yang sudah siap dipotong dan kemudian angkatkan mayat dengan perlahan dan letakkan mayat mengikut ukuran kain. Sumbatkan semua anggota badan yang berlubang seperti dua telinga, hidung dan luka luka yang ada pada badan, lekatkan kapas pada kedua mata dan mulutnya bagi tujuan menghalang dari dimasuku binatang rayapan. 
  3. Letakkan kapas yang telah dicampur dengan kapur barus pada anggota tempat sujud iaitu hidung dan dua tapak tangan dan dua kepala lutut dan dua tapak kaki
  4. Mulakan lipat kain dari sebelah kiri, himpunkan hujung kain kafan di sebelah kepala sebagai serban
  5. Disunatkan meletak mayat atas kain kafan dilebihkan panjang kainnya di sebelah kepala daripada sebelah kaki. Jika kain kafan itu sehelai , kain kafan yang tidak boleh menutupi seluruh badan maka tutuplah kepala dan biarkan kaki di luar
  6. Ikatkan mayat tersebut dengan tali pengikat yang telah disediakan dengan simpul ikatan smeua berada di sebelah kiri. Setelah itu angkatkan mayat ke tempat di mana akan diadakan sembahyang dengan mendahului kepala dan diletakkan kepala di sebelah kiri imam jika mayat lelaki dan sebelah kanan imam jika mayat tersebut perempuan. 
Sekian terima kasih dan semoga ia beri manfaat :)


Cara cara memandikan mayat (Bahagian 1)


  1. Angkat mayat dahulu perlahan lahan ke tempat mandi didahului dengan kepala dan dalam keadaan tertutup seluruh badan 
  2. Apabila sampai ke tempat mandi lebih baik disenamkan terlebih dahulu segala sendi sendinya supaya lembut. Boleh digunakan minyak bagi tujuan melembut sendi sendinya tersebut. Ini adalah pendapat Imam syafie 
  3. Dimandikan dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air boleh menyerp masuk serta menutupi auratnya  
  4. Mengikut pendapat imam Nawawi tidak harus orang yang memandikan mayat menyentuh atau memegang aurat si mati melainkan dharurah 
  5. Ratakan air ke seluruh badan setelah dicuci di bahagian celah celah badan 
  6. Cara yang lebih baik memandikan mayat mengikut pendapat Imam Nawawi ialah;
  • Disunatkan memandikan mayat di dalam baju kurung yang nipis atau kain yang menutupi antara pusat dan lutut 
  • Memandikan dengan air sejuk lebih afdal dari memandikan dengan air panas melainkan kerana hajat 
  • Angkat mayat dalam keadaan duduk dengan perlahan lahan dan lemah lembut dan urutkan perut mayat beberapa kali untuk mengeluarkan kotoran . Adalkan perasapan untuk mengeluarkan bau busuk 
  • Tuangkan air sebanyak banyaknya dan basuhkan dubur dan kemaluannya dengan tangan kiri yang berbalut (berlapik) . Bersihkan segala najis sebagaimana istinjak orang hidup 
  • Bersihkan badannya dari najis dengan menggunakan daun bidara atau sabun , dan hilsngkan samaada yang terlekat dibadannya seperti pelekat dan sebagainya 
  • Masukkan jari ke dalam mulut mayat dan gosok perlahan lahan beserta dengan air . Jangan dibuka mulutnya tetapi hendaklah dilakukan dengan tangan sahaja dalam keadaan tangan berbalut 
  • Masukkan sedikit air ke dalam hidung dan bersihkan . Begitu juga dengan kuku kaki dan tangan hendaklah dcuci termasuk kedua cuping telinganya. Kesemua ini boleh dilakukan dengan menggunakan penyugi yang bersih dan lembut (putik kapas)
  • Wudukkan mayat tersebut sebagaimana wuduk orang hidup dengan lafaz niat;
     "Sahaja aku mengambil wuduk mayat ini (lelaki /perempuan) kerana Allah taala ."

Sekian terima kasih dan semoga ia beri manfaat kepada anda semua :)