Tidak lama sekembalinya Rasulullah SAW dari mekkah mengerjakan Haji Wada', Baginda telah memerintahkan kaum Muslimin untuk bersiap sedia memerangi tentera Rom. Rasulullah SAW juga telah memilih Usamah bin Zaid iaitu anak kepada Zaid bin Harithah untuk mengetuai peperangan ini, walaupun waktu itu usia Usamah masih muda, Usamah diperintahkan diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar pergi ke tempat di mana ayahnya terbunuh
Pada ketika inilah Rasulullah SAW sakit di bahagian kepalanya. Kemudian sakitnya Rasulullah SAW semakin bertambah berat sehingga Usamah menghentikan pasukannya di tempat perkhemahan tersebut dan menantikan apa yang akan diputuskan oleh Allah SWT di dalam masalah ini. Diceritakan bahawa bermulanya sakit Rasulullah SAW adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa'ad dari Abu Muwaihibah, bekas hamba Allah SWT yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW. Dia berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, aku diperintahkan untuk meminta keampunan bagi penghuni kubur di perkuburan Baqi' ini, maka marilah pergi bersamaku." Kemudian aku pergi bersama Baginda.
Ketika kami sampai Baginda mengucapkan, "Assalamualaikum ya ahlal Muqabir! Semoga diringankan seksa ke atas kamu kerana dosa yang pernah yang kamu lakukan, sepertimana yang pernah dilakukan manusia. Bermacam macam fitnah yang datang seperti kepulan kepulan malam yang gelap, silih berganti dan akhirnya lebih buruk dari pertama." Kemudian Baginda menghampiriku lalu bersabda, "Sesungguhnya aku diberikan pintu kekayaan di dunia dan abdi di dalamnya selama lamanya, kemudian aku disuruh memilih antara dunia atau menemui Tuhanku dan syurga." Aku berkata kepada Baginda, "Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, ambillah kunci kunci dunia dan abadi di dalamnya dan di syurga."
Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah , tidak wahai Muwaihibah! Aku telah memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga." Kemudian Rasulullah SAW memintakan keampunan untuk penghuni Baqi' dan meniggalkan tempat itu. Sejak itulah Rasulullah SAW merasa sakit dan kemudian meninggal dunia. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa kembalinya dari Baqi', Rasulullah disambut oleh Aisyah lalu berkata, "Aduh sakit sunggug kepalaku!" Llu Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah, "Demi Allah Aisyah, kepalaku terasa sangat sakit!"Sakit kepalanya itu semakin lama semakin bertambah berat sehingga menyababkan demam yang kuat.
Rasulullah SAW sakit pada akhir bulan safa tahun ke 11 hijrah dan sepanjang tempoh sakitnya Baginda berada di rumah isterinya Maimunah. Apabila sakitnya menjadi tenat, Baginda meminta izin daripada isteri isterinya untuk tinggal di rumah Aisyah. Ketika keluar dari rumah, Baginda di papah oleh Al Abbas bbin Abdul Mutalib dan Ali bin Abi Talib sehingga masuk ke rumah Aisyah.
Di rumah Aisyah, sakirt Rasulullah SAW bertambah tenat. Para sahabat mula bertambah cemas dan merasa sedih melihat keadaan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah, "Siramlah aku dengan tujuh gayung air kerana ku ingin keluar bertemu dengan mereka untuk berbicara" Selepas itu keluarlah Rasulullah SAW menemui para sahabat dan mengimami mereka dan berkhutbah kepada mereka. Rasulullah keluar dengan kepalanya terasa pening lalu duduk di atas mimbar. Pada awalnya Rasulullah SAW berdoa dan meminta kemapunan untuk para Muhajiddin Uhud lalu bersabda, "Seorang hamba diberi pilihan Allah, antara diberi kekayaan dunia atau kembali ke sisiNya, lalu hamba itu memilih kembali ke sisiNya."
Serta merta Abu Bakar menangis kerana mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW lalu berkata dengan suara yang keras, "Kami tebus engkau dengan bapa bapa kami dan ibu ibu kami!." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Tunggu sebentar wahai Abu Bakar! wahai manusia, orang yang paling bermurah hati kepadaku dengan harta dan persahabatannya ialah Abu Bakar. Seandainya aku hendak mengangkat orang sebagai khalil (teman kesayangan) maka Abu Bakarlah khalilku, akan tetapi persaudaraan yang sejati adalah persaudaraan islam. Tidak boleh ada khaukhah (lorong) Abu Bakar. Sesungguhnya aku adalah tanda pemberi petunjuk bagi kalian dan aku menjadi saksi ke atas kalian. Demi allah SWT sesungguhnya aku telah diberi kunci kunci dunia. Demi Allah SWT aku tidak takut kalian akan menjadi musyrik sesudahku tiada tetapi aku takut kalian berlumba lumba berebut kekayaan dunia."
Kemudian Rasulullah SAW kembali ke rumahnya dan sakitnya bertambah tenat.
Monday, 11 February 2013
Beberapa sifat akhlak Rasulullah SAW
- Rasulullah SAW seorang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadhan
- Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badanya. Orang yang paling lembut tapak tangan dan harum baunya. Baginda suka kepada bau bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang busuk
- Orang yang paling baik pergaulannya dan paling takut kepada Allah SWT
- Tidak pernah marah ataupun berdendam kerana dirinya. Baginda marah kerana larangan larangan Allah SWT yang dilanggar
- Akhlaknya adalah akhlak Al Qur'an
- Orang yang paling tawaduk
- Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya
- Merendahkan sayapnya (merendah diri) bila berhadapan dengan orang orang yang lemah
- Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain
- Orang yang tidak mencela makanan sama sekali, jika menyukainya Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya
- Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu
- Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga
- Baginda biasa menggilap kasut sendiri, menjahit pakaian dan menziarahi orang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya mahupun orang miskin
- Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma
Friday, 8 February 2013
Detik detik kenabian
Bab 2 (akhir)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW pernah menyatakan, "mimpi yang benar merupakan 1/46 bahagian daripada (wahyu) kenabian." Di waktu Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama, Muhammad SAW bagaikan orang yang sangat takut kembali ke rumahnya menemui Khadijah menjelang pagi.
Diceritakanlah pengalamannya kepada Khadijah. Maka Khadijah memeluk Muhammad dengan kasih sayang dan membelai sambil berkata, "Ya Abu Qasim, Allah melindungi kita, tenang dan mantapkan hati mu! Demi Allah nyawaku berada di tanganNya, aku berharap kamu akan menjadi nabi bagi umat ini! Allah sama sekali tidak akan mendustakanmu, kamu seorang yang menjaga baik hubungan silaturhmi, selalu berkata benar, sanggup menghadapi kesusahan, hormat kepada tetamu dan menolong orang orang yang berada di atas kebenaran."
Mendengar perkataan Khadijah yang lemah lembut itu, tenanglah hati Muhammad SAW. Ketika Muhammad SAW tertidur dan berselimut, Khadijah dihantui oleh fikiran yang sangat membingungkan. Tidak berapa lama kemudian, Khadijah pun pergi menemui Waraqah bin Naufal, seorang pendeta Nasrani yang terkenal sebagai seorang yang mahir tentang kitab kitab Nasrani. Diutarakan pengalaman yang dialami Muhammad SAW kepada Waraqah. Dengan wajah yang sangat terkejut, Waraqah berkata,"Quddus...Quddus...! Demi Tuhan yang menentukan hidup matiku, jika engkau percaya, Hai Khadijah...yang datang kepadanya itu adalah malaikat terbesar yang dahulu datang kepada Nabi Musa dan Isa! Dia Muhammad SAW adalah nabi bagi umat ini... Katakan kepadanya, hendaknya dia tetap tabah dan setia."
Dengan gembira dan bergegas Khadijah pulang ke rumahnya untuk menemui Muhammad SAW. Beliau melihat Muhammad SAW sedang tidur dengan nyenyak. Tidak berapa lama kemudian, Muhammad SAW membuka matanya perlahan lahan dan Baginda mendengar ada yang mengatakan sesuatu di depannya.
Bunyi satu kalimah itu;
ini merupakan wahyu yang difirmankan Allah SWT di dalam surah Al Muddathir ayat 1-7. Melihat Muhammad SAW tersedar, Khadijah menceritakan apa yang Waraqah sampaikan kepadanya mengenai Muhammad SAW. Direnung wajah Khadijah dengan penuh rasa kasih sayang dan berkata, "Khadijah, habislah sudah waktu untuk tidur dan beristirehat. Malaikat Jibrail menyuruhku memberi peringatan kepada semua manusia dan mengajak mereka supaya sembah sujud serta beribadah hanya kepada Allah SWT. Siapakah gerangan yang dapat ku ajak dan siapa pula yang akan menerima ajaranku?"
Ketika itu, Khadijah menyatakan keimananya. Penyataan Khadijah sangat mengembirakan hati Muhammad SAW. Tenteramlah hati Baginda dan bertekad untuk menyampaikan amanah Allah SWT ini kepada seluruh umat manusia. Setelah wahyu pertama turun, bermulalah kehidupan Muhammad SAW. Khadijah dan pengikutnya diuji oleh Allah SWT. Segala gangguan, ejekan sehingga pemboikotan ekonomi yang dilancarkan oleh kaum musyrikin di Makkah terus berlanjutan.
Tapi disebabkan keimanan dan kecintaan yang kuat terhadap Allah SWT dan rasulNya, Khadijah tetap setia di samping suaminya, membantu seta mendorong untuk terus maju dan tabah menghadapi segala ujian ini. Pemboikotan terhadap kaum Muslim oleh kaum Quraisy, menyebabkan Rasulullah SAW dan Khadijah diusir dari Makkah dan terpaksa tinggal di Syi'ib (dataran sempit di antara dua bukit) Kesetiaan pada agama Allah SWT dan rasulNya, Khadijah rela meninggalkan segala harta kekayaan, rumah dan kerabatnya demi untuk membantu dan menemani Rasulullah SAW selama 3 tahun di Syi'ib. Penderitaan demi penderitaan yang dialami Khadijah kerana pada waktu itu usianya sudah lanjut dan mengganggu tahap kesihatannya.
Pemboikotan ekonomi yang dirancang berjalan selama 3 tahun, tetapi atas bantuan Allah SWT pemboikotan itu terhenti kerana kertas bukti pemboikotan yang digantung di dalam kaabah telah dimakan anai anai, juga kerana beberapa orang Quraisy yang bersimpati dengan penderitaan orang orang islam mereka membatalkan pemboikotan tersebut. Mereka tidak berhasil mengajak kembali kaum Muslimin untuk kembali ke agama asal mereka wlalaupun dnegan cara pemboikotan ini.
Setelah enam bulan pemboikotan ekonomi itu, bapa saudara nabi iaitu Abu Talib yang selalu mendidik, menjaga serta melindungi nabi menemui ajalnya. Khadijah yang sakit oleh kerana umurnya dan penderitaan di Syi'ib, tidak mengizinkan beliau mengikut suaminya menyaksikan kewafatan Abu Talib. Tidak lama selepas kewafatan Abu Talib, Khadijah pula wafat dan tinggallah Nabi SAW sendirian meneruskan risalah yang diterima dari Allah SWT Rab AL-Jalil.

"Wahai orang yang berselimut, bangunlah lalu beri peringatan (kepada semua manusia) dan agungkanlah Allah, Tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah perbuatan dosa. Janganlah engkau memberi (dengan harapan) mendapat balasan lebih banyak. Hendaklah engkau tabah (sabar) dalam melaksanakan perintah Allah. Tuhanmu!"
Surah Al Muddathir ayat 1-7
ini merupakan wahyu yang difirmankan Allah SWT di dalam surah Al Muddathir ayat 1-7. Melihat Muhammad SAW tersedar, Khadijah menceritakan apa yang Waraqah sampaikan kepadanya mengenai Muhammad SAW. Direnung wajah Khadijah dengan penuh rasa kasih sayang dan berkata, "Khadijah, habislah sudah waktu untuk tidur dan beristirehat. Malaikat Jibrail menyuruhku memberi peringatan kepada semua manusia dan mengajak mereka supaya sembah sujud serta beribadah hanya kepada Allah SWT. Siapakah gerangan yang dapat ku ajak dan siapa pula yang akan menerima ajaranku?"
Ketika itu, Khadijah menyatakan keimananya. Penyataan Khadijah sangat mengembirakan hati Muhammad SAW. Tenteramlah hati Baginda dan bertekad untuk menyampaikan amanah Allah SWT ini kepada seluruh umat manusia. Setelah wahyu pertama turun, bermulalah kehidupan Muhammad SAW. Khadijah dan pengikutnya diuji oleh Allah SWT. Segala gangguan, ejekan sehingga pemboikotan ekonomi yang dilancarkan oleh kaum musyrikin di Makkah terus berlanjutan.
Tapi disebabkan keimanan dan kecintaan yang kuat terhadap Allah SWT dan rasulNya, Khadijah tetap setia di samping suaminya, membantu seta mendorong untuk terus maju dan tabah menghadapi segala ujian ini. Pemboikotan terhadap kaum Muslim oleh kaum Quraisy, menyebabkan Rasulullah SAW dan Khadijah diusir dari Makkah dan terpaksa tinggal di Syi'ib (dataran sempit di antara dua bukit) Kesetiaan pada agama Allah SWT dan rasulNya, Khadijah rela meninggalkan segala harta kekayaan, rumah dan kerabatnya demi untuk membantu dan menemani Rasulullah SAW selama 3 tahun di Syi'ib. Penderitaan demi penderitaan yang dialami Khadijah kerana pada waktu itu usianya sudah lanjut dan mengganggu tahap kesihatannya.
Pemboikotan ekonomi yang dirancang berjalan selama 3 tahun, tetapi atas bantuan Allah SWT pemboikotan itu terhenti kerana kertas bukti pemboikotan yang digantung di dalam kaabah telah dimakan anai anai, juga kerana beberapa orang Quraisy yang bersimpati dengan penderitaan orang orang islam mereka membatalkan pemboikotan tersebut. Mereka tidak berhasil mengajak kembali kaum Muslimin untuk kembali ke agama asal mereka wlalaupun dnegan cara pemboikotan ini.
Setelah enam bulan pemboikotan ekonomi itu, bapa saudara nabi iaitu Abu Talib yang selalu mendidik, menjaga serta melindungi nabi menemui ajalnya. Khadijah yang sakit oleh kerana umurnya dan penderitaan di Syi'ib, tidak mengizinkan beliau mengikut suaminya menyaksikan kewafatan Abu Talib. Tidak lama selepas kewafatan Abu Talib, Khadijah pula wafat dan tinggallah Nabi SAW sendirian meneruskan risalah yang diterima dari Allah SWT Rab AL-Jalil.
Sifat Tawaduk Rasulullah SAW
Baginda SAW adalah seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda merupakan kekasih dan Nabi Allah SWT. Baginda juga tidak suka dipuji sebagaimana yang dicertakan oleh Sayidina Umar Al Khattab di dalam sebuah Hadis;
"Janganlah kamu memuji aku berlebih lebihan seperti kaum Nasrani memuji Nabi Isa Ibn Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah. Maka kami semua menyebut: Hamba Allah dan rasulNya"
(Hadis riwayat At Tarmizi, Bukhari, Ahmad dan Abu Dawud)
Banyak Hadis yang mencertakan tentang sifat Tawaduk Nabi SAW antaranya;

- Nabi SAW yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya bukan orang yang berhajat itu datang menemui Baginda SAW
- Baginda SAW pernah memnuhi undangan seorang hamba, ketika itu Baginda hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat dari sabut
- Baginda SAW menunaikan Haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan di lapk dengan baldu yang harganya tidak samapai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin Malik
- Baginda SAW tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang hampir basi
- Baginda SAW tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa,"Tidak seorang pun ysng lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah SAW. Tetapi apabila Baginda datang, mereka tidak bangun kerana mereka mengetahui bahawa Baginda SAW tidak suka dihormati sebegitu"
- Baginda SAW ialah manusia biasa. Baginda merendam pakaian, memerah susu kambing dan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda mempunyai ramai isteri dan khadam(pembantu) .
Thursday, 7 February 2013
Detik detik kenabian
Bab 1
Pada usia 40 tahun, Muhammad menerima wahyu dari Allah SWT di gua Hira dengan perantara Malaikat Jibrail memang merupakan suatu perancangan Allah SWT bahawa Muhammad SAW adalah orang yang paling sesuai untuk menerima tugas mulia ini. Masa remaja Muhammad SAW diisi dengan banyak memikirkan tnetang rahsia rahsia alam ini.
Sering kali Muhammad SAW menanyakan kepada bapa saudaranya Abu Talib mengapa penduduk penduduk Mekkah menyembah berhala, patung yang tidak boleh berbuat apa apa kecuali membisu dan diam. Oleh kerana pendiriannya yang sangat mempercayai akan ada sesuatu yang lebih berkuasa dari berhala berhala itu, Muhammad SAW sering termenung dan menyendiri di Gua Hira.
Aisyah meriwayatkan, "Sebelum kedatangan wahyu yang pertama sering dialami Rasulullah SAW ialah mimpi mimpi yang benar (ar-ru'yah ash shdiqah). Apa yang sering terlihat dalam mimpi selalu terbukti kebenarannya secara nyata, seterang cahaya pagi. Setelah itu Baginda terdorong untuk berkhlawat (menyepi atau menjauhkan drir dari segala kesibukan) di Gua Hira. Disana Baginda beribadah selama beberapa malam, kemudian pulang pada keluarganya untuk mengambil bekalan dan melanjutkan khalwat yang berikutnya.
Demikianlah yang beliau lakukan hingga saat kedatangan Al Haq (Kebenaran yang mutlak), iaitu kedatangan Malaikat Jibrail untuk menyampaaikan wahyu pertma dalam Surah Al Alaq;

"Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang telah menciptakan"
Sering kali Nabi Muhammad SAW bermimpi yang sangat mengejutkan Baginda. Pernah pada suatu hari Baginda bermimpi mendengar suara berkata, "Hai Muhammad, sesungguhnya engkau adalah utusan Allah Yang Maha Benar!" Baginda pun terkejut lalu bangun dan mencari cari dari mana datangnya suara itu. Tetapi setiap penjuru di penuhi cahaya yang bergemerlapan.
Melihat tingkah laku suaminya yang cemas dan bingung terhadap mimpi mimpi yang diterimanya, Khadijah mencadangkan agar Muhammad SAW bertemu Waraqah bin Naufal, yang terkenal sebagai ahli tafsir mimpi.
Perbualan di antara Waraqah dengan Muhammad SAW diriwayatkan seperti ini. Waraqah bertanya, "Dari mana engkau mendengar suara tersebut?" Nabi menjawab, "Dari atas." Waraqah berkata, "Pecayalah bahawa itu bukan suara bisikan syaitan, sebab syaitan tidak mamapu datang dari arah atas, tidak pula dari arah bawah. Suara itu suara malaikat.
Kata kata ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya di dalam surah Al A'raf;
"Kemudian Aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur"
Subscribe to:
Posts (Atom)