Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang saya dihormati. Disini saya ingin berkongsi ilmu tentang satu tajuk bagi saya amat penting bertujuan menjamin keperibadiaan muslim/muslimah yang produktif.
Akal merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Dengan akal,
manusia menjadikan ianya sebagai panduan dalam melayari hidup di atas
muka bumi dan dengannya juga iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi
sempurna. Begitu banyak hadis yang menyatakan tidak sempurna akhlak,
budi pekerti dan iman seseorng tanpa sempurna akalnya .
Sabda Nabi SAW;
"Tidak sempura kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika
itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah
dan melawan godaan iblis dan syaitan-Riwayat Ibnu Mahbar dari ‘Amr bin
Syu’ib ."
Secara biologinya, proses kejadian manusia tiada bezanya dengan
binatang. Benih Sperma dari air mani bergerak untuk mensenyawakan
ovum.Dari banyak-banyak sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya
menembusi ovum dan mensenyawakannya(sperma
itulah anda).Dari situ terbentuklah satu sel baru yang akan membahagi
kepada dua, empat dan seterusnya sehiggalah menjadi gumpalan sel yang
dinamakan embro. Dari segumpal darah ini terbentuk pula daging dan
seterusnya tulang. Kemudian tulang itu dibalut pula dengan daging
sebelum terjadinya makhluk bernama manusia. Saya yakin anda tentu lebih
memahami process ini berbanding dengan saya .
Namun, disebalik dijadikan dari air mani yang hina, Allah
menganugerahkan manusia dengan akal fikiran , justeru mengangkat manusia
di kedudukan yang mulia. Pun begitu, fakta ini hanyalah benar jika akal
tersebut digunakan untuk mencari keimanan, menolong agama Allah dan
membentuk akhlak yang mulia. Bagi manusia yang gagal mengunakan akal
untuk merenung ciptaan tuhan dan seterusnya mengabdikan diri kepada
Allah, sesungguhnya mereka lebih hina dari binatang. Logiknya kerana
binatang selaku makhluk Allah yang tidak mempunyai akal tidak berpeluang
untuk berfikir dan memilih jalan , tidak seperti mana manusia yang
mempunyai pilihan untuk memilih jalan kebaikan dengan menggunakan akal .
Firman Allah swt;
Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian dari
golongan jin dan manusia. Mereka terdiri dari golongan yang mempunyai
hati tetapi tidak mahu menghayati ayat-ayat Allah.Mereka mempunyai mata
tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.Mereka mempunyai
telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah.Mereka tidak
ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang
yang lalai- surah al-A’raf:179.
Di dalam islam, kecerdikan tidak di ukur dengan dengan kelulusan yang
dimiliki atau keputusan ujian IQ yang diperolehi. Jika itu ukurannya,
maka mengapa masih ada orang yang bijak pandai tetapi terjerumus ke
dalam lembah kemaksiatan?. Tetapi islam mendefinasikan kecerdikan
seseorang dari segi sejauh mana dia berusaha menyelamatkan diri dari
kerosakan hidup di dunia ,justeru beroleh kebahagian di akhirat .
Sabda Rasulullah SAW;
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati- Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya".
Dalam sabda diatas Nabi tidak menyatakan orang yang cerdik adalah
orang yang kaya, ataupun berpangkat besar, mempunyai banyak ijazah
tetapi sebaliknya dengan perkataan yang mudah ‘ orang yang selalu
mengingati mati’
Kenapa?
Jawapannya mudah.
Orang yang selalu mengingat mati tahu sesudah kematiannya dia akan
melalui alam lain yang semestinya berbeza dengan apa yang dilaluinya di
dunia ini. Jika di dunia dia disanjung dan dihormati kenalan-kenalan,
berwang dan dapat memiliki apa yang dihajatinya, tetapi di alam itu
semuanya itu sudah tidak berguna lagi. Apa yang dimilikinya di dunia
tidak dapat menolongnya ketika berhadapan dengan malaikat-malaikat yang
sedia menyoalnya atas apa yang dilakukan di dunia. Yang dibawanya
hanyalah amalan-amalan mulia yang dilakukan sepanjang perjalanan
hidupnya di dunia. Hanya selepas beberapa langkah ahli keluarganya
pulang dari perkuburan, malaikat-malaikat mula datang untuk menjalankan
perintah Allah. Jika amalannya baik, maka terlepaslah ia dari seksaan
dahsyat kubur tetapi jika dia gagal menggunakan peluang hidup di dunia
untuk mentaati Allah, maka alam kubur akan menjadi permulaan kepada
seksaan. Ya ,permulaan , kerana di neraka nanti banyak lagi pembalasan
yang akan diterimanya.
Jadi orang yang selalu mengingati mati akan sentiasa bermuhasabah
dengan apa yang dilakukannya dan berusaha untuk mengelakkan diri dari
melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Dia akan sentiasa
melakukan kebaikan kerana dia tahu apa yang dilakukannya akan dibalas
kelak oleh Allah s.w.t. Begitulah rationalnya hadis tersebut(pada
pandangan saya). Sesungguhnya, mengingati mati adalah satu motivasi.
Melakukan apa yang diperintah Allah lantaran selalu mengingati mati
bukan sahaja dianggap cerdik oleh Nabi s.a.w tetapi juga menambahkan
akal .
Sabda Nabi kepada Abu Darda;
"Tambahlah akalmu, nescaya hampirlah kamu kepada Allah.” Abu Darda’
bertanya, “Demi ibu dan bapaku, bagaimana caranya aku mendapatnya?’.
Jawab Nabi s.a.w, “ Jauhilah larangan-larangan Allah dan tunaikanlah
kewajiban-kewajiban sepertimana yang difardhukan-Nya, nescaya kamu akan
menjadi orng yang berakal…-At-Tirmizi . "
Jadi, gunakanlah akal semaksimum yang mungkin dalam usaha mencapai
bukan sahaja kebahagiaan tetapi juga keselamatan di dunia dan akhirat.
Keselamatan di dunia bermakna ketenangan jiwa, kebahagian dan redha
dengan apa yang dilaluinya dan keselamatan akhirat ialah terlepas dari
seksaan api neraka, dapat melalui titian sirat dengan selamat serta
dapat merasai nikmat syurga. Tetapi harus diingat penggunaan akal perlu
dibimbing oleh agama. Penggunaan akal sahaja tanpa bimbingan al-Quran
dan hadis boleh sahaja menyesatkan seseorang. Lihat sahaja Albert
Eistein, orang yang paling bijak di dunia dan Stephen Hawking, manusia
cacat yang dikatakan manusia paling bijak selepas Eistein, kedua-duanya
menolak untuk berTuhan(Atheist) walaupun pernah mengaku akan kewujudan
Tuhan melalui kajian sains yang dijalankan mereka.Mungkin kerana angkuh
akan kehebatan akal mereka dalam mempelopori bidang sains.
Tetapi jadilah seperti penceramah terkenal US,Sheikh Yusuf
Estate (Gambar) dan Prof Dr. Muhammad Al mahdi yang pada usia muda mereka
merupakan Aithest tetapi memeluk islam setelah melakukan kajian yang
terperinci dan melihat kekuasaan Allah melalui al-Quran. Mereka ini
adalah golongan-golongan yang telah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan
akal fikiran.
Sekadar renungan untuk diri sendiri dan anda semua . Thanks for reading .