Monday 11 February 2013

Beberapa sifat akhlak Rasulullah SAW


  • Rasulullah SAW seorang yang paling dermawan  khususnya di bulan Ramadhan
  • Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badanya. Orang yang paling lembut  tapak tangan dan harum baunya. Baginda suka kepada bau bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang busuk
  • Orang yang paling baik pergaulannya dan paling takut kepada Allah SWT 
  • Tidak pernah marah ataupun berdendam kerana dirinya. Baginda marah kerana larangan larangan Allah SWT yang dilanggar 
  • Akhlaknya adalah akhlak Al Qur'an
  • Orang yang paling tawaduk
  • Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya 
  • Merendahkan sayapnya (merendah diri) bila berhadapan dengan orang orang yang lemah 
  • Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain 
  • Orang yang tidak mencela makanan sama sekali, jika menyukainya Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya 
  • Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu
  • Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga
  • Baginda biasa menggilap kasut sendiri, menjahit pakaian dan menziarahi orang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya mahupun orang miskin
  • Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma