Tuesday 12 February 2013

Wafatnya Rasulullah SAW

    Ketika subuh hari isnin 12 Rabiuawal tahun ke 11 hijrah, apabila para sahabat dan umat islam hendak masuk ke masjid untuk menuunaikan solat subuh Rasulullah SAW menyuruh Aisyah menjirus air ke badannya ketika itu Baginda merasa dirinya dalam keadaan demam. Apabila Baginda merasa tidak mampu untuk keluar solat, maka Baginda berkata kepada Aisyah, "Suruhlah Abu Bakar keluar solat bersama umat islam," Kemudian Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Abu Bakar seorang lelaki yang lembut hatinya, apabila dia berdiri di tempatmu ya Rasulullah maka orang tidak kan mendengar bacaannya kecuali tangisan" Rasulullah SAW tetap menyuruh Aisyah sebagaimana kata katanya sebelum ini iaitu menyuruh Abu Bakar solat bersama sama umat islam.

    Maka solatlah Abu Bakar mengimami umat islam sebanyak 17 waktu bermula daripada waktu isyak malam jumaat sehingga akhir subuh hari isnin. Tiba tiba Rasulullah SAW menyelak langsir biliknya sambil tersenyum memandang kepada mereka yang sedang berbaris untuk menunaikan solat subuh, kemudian Abu Bakar mengundur ke belakang kerana ingin memberikan tempat kepada Rasulullah SAW kerana beliau menyangka Rasulullah SAW sudah kembali sihat.

    Namun Rasulullah SAW terus memberikan isyarat dengan tangannya kepada Abu Bakar supaya mereka semua tetap meneruskan solat. Kemudian Rasulullah SAW duduk di samping Abu Bakar lalu Abu Bakar solat mengikut solat Rasulullah SAW yang dilakukan dengan keadaan duduk, sementara mereka yang lain mengikut solat Abu Bakar.

    Umat islam merasa gembira kerana mereka menyangka dengan keluarnya Rasulullah SAW itu bermakna Baginda sudah kembali sihat. Tetapi sebenarnya, sakitnya bertambah teruk ketika itu. Itulah kali terakhir Rasulullah SAW menunaikan solat berjemaaah bersama sama umat islam. Kemudian Rasulullah menutup kembali langsir biliknya dan itulah juga pandangan terakhir Rasulullah SAW kepada para sahabatnya dan umat islam sebagai membuktikan bahawa Rasulullah SAW sangat sayang kepada sahabat serta umatnya.

    Rasulullah SAW kembali ke bilik Aisyah, lalu berbaring menyandarkan kepalanya ke dada Aisyah untuk menghadapi sakaratul maut. Tatkala Rasulullah SAW di atas pangkuan Aisyah, tiba tiba pintu rumahnya diketuk seraya memberi salam. Aisyah pun pergi ke muka pintu dan bertanya, "Apa hajat tuan datang ke sini?" Lalu tetamu itu menjawab, "Aku ingin menemui Rasulullah SAW." Aisyah menyatakan bahawa Baginda sedang sibuk dengan dirinya sendiri, bermaksud Baginda sedang berperang dengan kesakitannya. Lalu Aisyah mengatakan, "Pulanglah." Orang tadi memberi salam untuk kali keduannya. Namun begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh Aisyah  dan apabila kali yang ketiga., Baginda SAW terdengar suara itu dan terlintas di hatinya bahawa Baginda mat kenal dengan suara itu. Lalu Baginda mengatakan kepada Aisyah, "Suruh orang itu masuk!" dan Baginda berkata kepada Aisyah, "Kamu kenal siapa dia?" Aisyah menjawab, "tidak" Kata Baginda "Dialah pemutus kesenangan dunia, dialah pemisah orang yang disayangi, dialah Izrail, malaikat maut."

    Baginda bertanyakan kepada Izrail apa tujuan kedatangannya, lalu Izrail berkata, "Allah SWT perintahkan aku mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan olehmu ya Rasulullah, jika tidak Allah SWT mengarahkanku kembali." Nabi bertanya, "Di mana kau tinggalkan sahabatku Jibrail." Malaikat Izrail menjawab, "Aku tinggalkan dia di langit dunia," jawab Izrail."kenapa?" tanya Baginda. "Dia tidak sanggup melihatmu menghadapi sakaratul maut." "Panggillah dia, "pinta Baginda. Sejurus daripada itu, Malaikat Jibrail pun turun berada di sisi Rasulullah SAW. Baginda bertanya kepada Jibrail, Wahai kekasihku, kenapa kau lambat datang menziarahiku?" Bercucuran air mata Jibrail tanpa sebarang suara kerana menahan sebak melihat kekasihnya Muhammad berada di dalam kesakitan.

    Izrail pun mmeinta keizinan Baginda untuk menjalankan tugasnya, lalu Baginda berkata berkata,"lakukanlah" Apabila roh ditarik dari ubun ubun, Baginda mengerang kesakitan sambil berkata,"Wahai Izrail, sakitnya mati ini. "Mengalir air mata Izrail seraya menjawab, "Tidak pernah kau mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu ya Rasulullah."

    Rasulullah SAW mengadu kesakitan, berpeluh dahi Baginda menahan kesakitan sakaratul maut. "Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana umatku mampu menanggungnya." Malaikat Jibrail tidak mampu berkata kata hanya air mata yang mengalir. Baginda berkata, "Wahai kekasihku Jibrail kenapa kau tidak menajawab dan kenapa kau berpaling, adakah kamu benci melihat wajahku?" Barulah Jibrail bersuara, "Wahai kekasihku, sebenarnya aku tidak sanggup melihat kau dalam keadaan sebegini," Jibrail mennagis semahunya. "Wahai Jibrail, sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh umatku biar aku tanggung sekarang ini," begitu Rasulullah SAW sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak mampu menahan sakitnya mati, namun permintaanya tidak dipekenankan Allah SWT .

    Baginda membuat permintaan kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini." Malaikat Jibrail mengatakan kepada Rasulullah SAW, "Bahawa seluruh pintu pintu syurga dibuka dan para bidadari yang sedang berhias hias menanti rohmu. "Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini." Jibrail berkata, "Sesungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langirt dunia menantikan rohmu di angkat."

    Rasulullah SAW mengulangi lagi katanya, "Wahai Jibrail ianya masih tidak menggembirakan aku. Ya Jibrail! berilah berita gembira kepadaku." Malaikat Jibrail pun menyatakan, Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak kakn masuk syurga umat umat lain melainkan umatmu dahulu yang memasukinya." Tersenyum Rasulullah mendengarnya. Ini membuktikan bahawa cintannya yang mendalam terhadap umatnya dan akhirnya Rasulullah SAW pergi menemui Allah SWT dengan tenamg. Baginda wafat dengan meninggalkan 9 isteri iaitu, Saudah, Aisyah, Hafsah, Ummu, Habibah, Zainab binti Jahsy, Juwairah, Safiyah dan Maimunah  .