Thursday 7 February 2013

Detik detik kenabian

  Bab 1

    Pada usia 40 tahun, Muhammad menerima wahyu dari Allah SWT di gua Hira dengan perantara Malaikat Jibrail memang merupakan suatu perancangan Allah SWT bahawa Muhammad SAW adalah orang yang paling sesuai untuk menerima tugas mulia ini. Masa remaja Muhammad SAW diisi dengan banyak memikirkan tnetang rahsia rahsia alam ini.

    Sering kali Muhammad SAW menanyakan kepada bapa saudaranya Abu Talib mengapa penduduk penduduk Mekkah menyembah berhala, patung yang tidak boleh berbuat apa apa kecuali membisu dan diam. Oleh kerana pendiriannya yang sangat mempercayai akan ada sesuatu yang lebih berkuasa dari berhala berhala itu, Muhammad SAW sering termenung dan menyendiri di Gua Hira.

    Aisyah meriwayatkan, "Sebelum kedatangan wahyu yang pertama sering dialami Rasulullah SAW ialah mimpi mimpi yang benar (ar-ru'yah ash shdiqah). Apa yang sering terlihat dalam mimpi selalu terbukti kebenarannya secara nyata, seterang cahaya pagi. Setelah itu Baginda terdorong untuk berkhlawat (menyepi atau menjauhkan drir dari segala kesibukan) di Gua Hira. Disana Baginda beribadah selama beberapa malam, kemudian pulang pada keluarganya untuk mengambil bekalan dan melanjutkan khalwat yang berikutnya. 

    Demikianlah yang beliau lakukan hingga saat kedatangan Al Haq (Kebenaran yang mutlak), iaitu kedatangan Malaikat Jibrail untuk menyampaaikan wahyu pertma dalam Surah Al Alaq; 

"Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang telah menciptakan" 

    Sering kali Nabi Muhammad SAW bermimpi yang sangat mengejutkan Baginda. Pernah pada suatu hari Baginda bermimpi mendengar suara berkata, "Hai Muhammad, sesungguhnya engkau adalah utusan Allah Yang Maha Benar!" Baginda pun terkejut lalu bangun dan mencari cari dari mana datangnya suara itu. Tetapi setiap penjuru di penuhi cahaya yang bergemerlapan.

    Melihat tingkah laku suaminya yang cemas dan bingung terhadap mimpi mimpi yang diterimanya, Khadijah mencadangkan agar Muhammad SAW bertemu Waraqah bin Naufal, yang terkenal sebagai ahli tafsir mimpi.

    Perbualan di antara Waraqah dengan Muhammad SAW diriwayatkan seperti ini. Waraqah bertanya, "Dari mana engkau mendengar suara tersebut?" Nabi menjawab, "Dari atas." Waraqah berkata, "Pecayalah bahawa itu bukan suara bisikan syaitan, sebab syaitan tidak mamapu datang dari arah atas, tidak pula dari arah bawah. Suara itu suara malaikat. 

    Kata kata ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya di dalam surah Al A'raf;

"Kemudian Aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan  dapati kebanyakan mereka bersyukur"