Friday 8 February 2013

Sifat Tawaduk Rasulullah SAW

Baginda SAW adalah seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda merupakan kekasih dan Nabi Allah SWT. Baginda juga tidak suka dipuji sebagaimana yang dicertakan oleh Sayidina Umar Al Khattab di dalam sebuah Hadis;

"Janganlah kamu memuji aku berlebih lebihan seperti kaum Nasrani memuji Nabi Isa Ibn Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah. Maka kami semua menyebut: Hamba Allah dan rasulNya" 

(Hadis riwayat At Tarmizi, Bukhari, Ahmad dan Abu Dawud) 

Banyak Hadis yang mencertakan tentang sifat Tawaduk Nabi SAW antaranya;

  • Nabi SAW yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya bukan orang yang berhajat itu datang menemui Baginda SAW
  • Baginda SAW pernah memnuhi undangan seorang hamba, ketika itu Baginda hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat dari sabut
  • Baginda SAW menunaikan Haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan di lapk dengan baldu yang harganya tidak samapai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin Malik
  • Baginda SAW tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang hampir basi
  • Baginda SAW tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa,"Tidak seorang pun ysng lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah SAW. Tetapi apabila Baginda datang, mereka tidak bangun kerana mereka mengetahui bahawa Baginda SAW tidak suka dihormati sebegitu"
  • Baginda SAW ialah manusia biasa. Baginda merendam pakaian, memerah susu kambing dan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda mempunyai ramai isteri dan khadam(pembantu) .